Wahai Hati, janganlah kau bersedih..... sesungguhnya, kekuatan cinta itu akan sering diuji....
Wahai Airmata, janganlah kau mengalir..... sesungguhnya, setiap mutiara yang jatuh amat berharga....
Tabahlah hati walaupun aku tahu kau kian rapuh setiap hari. Bersedialah sentiasa dengan kemungkinan yang akan berlaku. Keindahan tidak selamanya kekal. Esok yang akan dilalui tidak akan sentiasa sama seperti hari semalam. Begitulah kehidupan.
Ya Allah, mengapakah begitu pedih hati ini dalam menyayangi seseorang. Mengapakah perasaan ini sering hadir? Semakin lama aku mengenali dirinya, semakin terasa hati ini. Sebak yang menyelubungi. Istighfar ku tidak pernah putus Ya Allah, tiap kali perasaan itu menggangu. Sesungguhnya, hati ini sedang menagis disebalik wajah yang nampak tenang. Hanya butiran manik-manik yang kelihatan di ruang pancainderaku......
sabar lah hati, aku yakin, kau akan menyinar suatu hari nanti....
"Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan
harapan dan tujuanku,
berikanlah kepadaku keyakinan bahawa
TakdirMu lebih baik dari semua yang
aku inginkan dan impikan...."
Amin Ya Rabb