berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
mudahnya meluahkan kata-kata
sukar lagi menanggung derita.....
hati ini umpama cuaca yang mendung. menunggu masa untuk melepaskan air yang bertakung diawan.... selagi mampu untuk dibendung, ianya akan tetap bertahan.... suram menyelubungi....
sebenarnya aku tak pasti, adakah ini jalan terbaik. sesungguhnya ya, namun, bagaimana harus aku menempuhinya setelah sekian lama aku ditemani kehadirannya. terbiasa dengan kasih sayangnya. kerinduan yang teramat sangat dirasai.
mencintaimu,
sesuatu yang tak boleh aku hindari,
begitu kuat perassan yang kurasakan
dirimu hadir di saat aku rindukan belaian
terpanah aku akan cinta yang kau tancapkan.
dan kau bawa aku ke awan menghias langit
merangkai bintang-bintang menjadi sebuah kata
sebuah kata cinta.
seindah-indahnya bila tersentuh hangatnya asmara
sebentuk cinta yang kau beri seadanya.
dan tercipta pelangi jiwa mewarnai hatiku
engkau anugerah terindah dariNYA untukku
engkaulah kekasih separuh jiwaku.
dengan perlahan, genggaman ini akan dilepaskan, walaupun dengan berat hati.... demi kebaikan....
rasa bersalah yang teramat sangat dirasai. aku tidak pernah mempermainkan hati sesiapa termasuklah hati aku juga. tapi, apakah kesudahan perhubungan ini? jawapannya, dah lama kita ketahui, namun masih juga ingin meneruskannya.... aku kalah dengan angan-angan ku. kerana rasa sayang dan kasih ku padanya semakin hari semakin mendalam. aku tak berani untuk menghadapi kekecewaan, walaupun itu adalah penamatnya.
angan-angan........ adakalanya, aku membawa diri aku dan dirinya disituasi dimana ianya cukup sempurna. penuh dengan kemesraan yang tiada halangan. terasa lemah rasanya diri aku pada saat ini. mengimpikan sesuatu yang kosong..... seperti kosongnya jiwaku kini....
akhirnya perhubungan ini bukan kerana tiadanya cinta, kasih ataupun sayang. bukan juga keran kurangnya pertemuan ataupun perbualan.... tetapi memberi ruang untuk memperbaiki diri. ternyata, aku memperolehi jawapannya. bukan untuk diri aku, tetapi deminya. jika ditanya adakah aku gembira dengan keputusanku, ianya jelas mempamerkan kesunggulan yang membias di wajah ku.
yang tinggal kini hanyalah kenangan..... kenangan yang sangat indah tika bersama orang yang aku sayangi. yang tinggal kini hanyalah janji.... janji untuk mengingati dan terus mencintai dirinya..... tanpa perlu memiliki
"Ya Allah, aku bersyukur diatas segala nikmat yang telah engkau berikan kepadaku. Aku bersyukur di atas kurnia kasih sayang yang kau limpahkan padaku melalui satu perkenalan. Sesungguhnya hanya engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...... Dan Engkau jugalah yang Maha Mengetahui segalanya. Dan hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui segala isi hatiku. Ikhlaskan lah kasih sayang ku keatas dirinya demi mendapat keredhaanMu Ya Allah.... Kau lindungilah kasih sayang kami ini. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan dan akan lakukan, Ya Allah. Kerana Engkau lah yang Maha Pengampun. Bimbinglah diri ku. Kuatkan lah diri ini untuk mengharungi segala ujian Mu. Berikanlah yang terbaik untuk diri kami. Pertemukan lah kami nanti diakhirat dengan rasa kasih sayang yang semakin kukuh. Andai ada jodoh kami didunia ini, kau mekarkan lah rasa cinta ini agar ianya tidak pernah pudar....
Ya Allah, As Sami' yang maha mendengar, dengarlah rintihan hambamu yang lemah dan hina ini. Kau perkenankan lah permintaan ku ini Ya Allah. Tiada daya upaya ku melainkan dengan pertolonganMu. Jadikanlah kami orang yang mendapat syafaat nabi tercinta Nabi Muhammad SAW di dunia dan akhirat. Ya Allah, may your blessings be upon our idol, ya nibiyul karim, Nabi Muhammad SAW and to his ahlul bait and sahabah that we definately miss and love.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Walhamdullilahi rabbil alamin."